Antara faktor penyebab yang dinyatakan beliau adalah
1.Faktor Sosial
2.Faktor Penyakit
3.Gaya Hidup
Faktor Sosial
Antara faktor sosial yang dinyatakan beliau adalah kelewatan berkahwin. Apabila lewat berkahwin tahap kesuburan pun akan semakin berkurangan. Tahap kesuburan terbaik seorang wanita dikatakan bermula di usia 25 tahun dan semakin menurun menjelang usia 35 . Ramai wanita lewat berkahwin kerana ingin menumpukan pada kerjaya dan tak mahu komitmen. Kejayaan wanita zaman kini dalam kerjaya juga membuatkan mereka rasa boleh hidup sendiri dan berdikari tanpa perlu berkahwin kerana berkahwin memerlukan komitmen yang tinggi.
Faktor Penyakit
Ramai yang beranggapan bila ada pasangan yang berkahwin dan tidak mendapat anak wanita lah yang akan jadi penyebabnya. Tapi hakikatnya faktor suami dan isteri sama2 menyumbang kepada masalah kesuburan. Menurut Dr Fauziah beliau pernah berpengalaman merawat sepasang suami isteri di mana si suami pernah berkahwin sebanyak tiga kali tetapi berpisah kerana tidak mempunyai zuriat. Si suami berkahwin lain untuk mendapatkan zuriat tanpa menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum berkahwin yang terakhir. Bersama isteri terbaru barulah si suami terbuka hati melakukan pemeriksaan ... Nahhhh bila dibuat pemeriksaan didapati si suami sah mengalami Azoospermia iaitu keadaan di mana tiada langsung sperma dalam air mani. Untuk memastikan tiada kesilapan berlaku ujian dilakukan ujian dilakukan sekali lagi 3 bulan selepas ujian yang pertama. Sekali lagi keputusan muktamad memang suami sah mengalami Azoospermia. Jadi untuk memastikan tidak saling salah menyalahkan pasangan yang berkahwin di usia yang masih produktif dinasihatkan membuat pemeriksaan sekiranya masih belum mengandung selepas setahun berkahwin manakala yang telah lanjut usia wajib jalani pemeriksaan selepas 6 bukan berkahwin. Penyakit2 lain seperti darah tinggi dan kencing manis juga menyumbang kepada kualiti kesuburan.
Gaya hidup
Gaya hidup juga dikatakan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesuburan. Mereka yang merokok tidak kira sama ada pasif atau pon aktif akan memberi kesan kepada kualiti sperma dan ovum. Faktor Pemakanan juga menyumbang kepada berkurangnya kesuburan. Kehidupan yang semakin sibuk menyebabkan ramai yang memilih untuk makan 'fast food'. Tekanan juga dikatakan mengurangkan tahap kesuburan.
Itu lah sedikit sebanyak faktor yang dapat saya dengar di radio sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja. Apa pon itu semuanya hanyalah penyebab kerana yang nak memberikan anak kepada kita adalah kuasa Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha dan berikhtiar sekiranya menghadapi masalah kesuburan.
Amalkan gaya hidup yang sihat disamping mengambil supplement yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan paling penting jangan lupa berdoa kepada Allah .
Saya sendiri masih belum dikurniakan cahaya mata walaupon telah 3 tahun berkahwin. Saya juga berkahwin di usia yang agak lewat iaitu 35 tahun manakal suami 39 ketika itu.
Sekarang saya dan suami mengambil supplement kesuburan daripada Shaklee. Insyaallah diharap dapat membantu meningkatkan kesuburan.

No comments:
Post a Comment