Saturday, July 5, 2014

Pengalaman Menjalani Rawatan Kesuburan

Dalam entry yang lalu saya ada kongsikan tentang temuramah di antara penyampai Radio Suria Abby Fanna dan Pakar Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Puteri , Dr Fauziah Hassan. Pada entry kali ini saya nak berkongsi pula pengalaman saya menjalani rawatan kesuburan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Seringkas yang mungkin dalam entry ni

Kisahnya bermula selepas 2 tahun lebih berkahwin. Saya juga termasuk dalam golongan wanita berkerjaya yang lewat berkahwin. Saya berkahwin di usia 33 tahun. Sebenarnya saya dan suami tidaklah terlalu terdesak untuk memiliki cahaya mata tetapi disebabkan faktor usia yang semakin meningkat dan risiko hamil di usia lewat kami pun buat keputusan untuk mulakan rawatan . Kekangan masa dan kerja juga membuatkan kami kekurangan masa untuk melakukan rawatan. 

Langkah pertama saya perlu dapatkan surat rujukan daripada mana2 klinik kesihatan untuk dirujuk kepada pakar di HSB. Saya dapatkan surat rujukan dari Klinik Kesihatan Simpang Kuala. Tarikh temujanji pertama ialah pada 1 Januari 2014 iaitu 3 bulan selepas dapat surat rujukan dari klinik kesihatan. Sehari sebelum kami berlepas ke Guangzhou.

Pada temujanji pertama doktor hanya membuat sedikit interview tentang masalah kesihatan, sejarah kesihatan dan perkara2 asas yang berkait dengan kesuburan. Selesai interview saya dan suami diberikan beberapa tugas untuk diselesaikan sebelum memulakan rawatan, Antaranya:
  • Call semula Klinik O&G pada hari pertama period bulan berikutnya untuk dapatkan temujanji pemeriksaan hormon.
  • Dapatkan temujanji untuk ujian air mani suami
  • Buat Ujian HSG (untuk chek tiub tersumbat atau x)
  • Ujian TVS untuk chek telur
Hasil keputusan ujian Alhamdulillah kedua2nya sihat dan tiada masalah....cuma Allah belum nak beri rezeki. So nothing to worry now...tapi ikhtiar tetap kena ikhtiar kan. 

Antara ikhtiar yang kami lakukan selain menunggu turn buat iui adalah mengambil supplement untuk membantu meningkatkan kesuburan daripada Shaklee. 

Saya mengamalkan pengambilan GLA Complex, Alfalfa dan ESP Shaklee manakala suami mengamalkan pengambilan Vitamin E , Zinc Complex dan ESP Shaklee.

Kawan2 yang senasib jom lah cuba...Insyaallah ada rezeki dari Allah nanti. Nak tau lebih lebih lanjut tentang set kesuburan Shaklee jangan malu dan segan saya sentiasa membantu. Boleh klik ke link ni terus untuk pembelian Set Kesuburan Shaklee



Friday, July 4, 2014

Penurunan Kadar Kesuburan


Beberapa hari yang lalu mendengar temuramah di radio suria fm..Abby Fanna bersama Dr Fauziah Hassan , Pakar Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Puteri berkenaan penurunan tahap kesuburan masyarakat Malaysia. Tajuk yang agak menarik untuk saya kongsikan bersama .


Antara faktor penyebab yang dinyatakan beliau adalah 
1.Faktor Sosial
2.Faktor Penyakit
3.Gaya Hidup

Faktor Sosial
Antara faktor sosial yang dinyatakan beliau adalah kelewatan berkahwin. Apabila lewat berkahwin tahap kesuburan pun akan semakin berkurangan. Tahap kesuburan terbaik seorang wanita dikatakan bermula di usia  25 tahun dan semakin menurun menjelang usia 35 . Ramai wanita lewat berkahwin kerana ingin menumpukan pada kerjaya dan tak mahu komitmen. Kejayaan wanita zaman kini dalam kerjaya juga membuatkan mereka rasa boleh hidup sendiri dan berdikari tanpa perlu berkahwin kerana berkahwin memerlukan komitmen yang tinggi. 

Faktor Penyakit
Ramai yang beranggapan bila ada pasangan yang berkahwin dan tidak mendapat anak wanita lah yang akan jadi penyebabnya. Tapi hakikatnya faktor suami dan isteri sama2 menyumbang kepada masalah kesuburan. Menurut Dr Fauziah beliau pernah berpengalaman merawat sepasang suami isteri di mana si suami pernah berkahwin sebanyak tiga kali tetapi berpisah kerana tidak mempunyai zuriat. Si suami berkahwin lain untuk mendapatkan zuriat tanpa menjalani pemeriksaan kesuburan sebelum berkahwin yang terakhir. Bersama isteri terbaru barulah si suami terbuka hati melakukan pemeriksaan ... Nahhhh bila dibuat pemeriksaan didapati si suami sah mengalami Azoospermia iaitu keadaan di mana tiada langsung sperma dalam air mani. Untuk memastikan tiada kesilapan berlaku ujian dilakukan ujian dilakukan sekali lagi 3 bulan selepas ujian yang pertama. Sekali lagi keputusan muktamad memang suami sah mengalami Azoospermia. Jadi untuk memastikan tidak saling salah menyalahkan pasangan yang berkahwin di usia yang masih produktif dinasihatkan membuat pemeriksaan sekiranya masih belum mengandung selepas setahun berkahwin manakala yang telah lanjut usia wajib jalani pemeriksaan selepas 6 bukan berkahwin. Penyakit2 lain seperti darah tinggi dan kencing manis juga menyumbang kepada kualiti kesuburan.

Gaya hidup
Gaya hidup juga dikatakan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesuburan. Mereka yang merokok tidak kira sama ada pasif atau pon aktif akan memberi kesan kepada kualiti sperma dan ovum. Faktor Pemakanan juga menyumbang kepada berkurangnya kesuburan. Kehidupan yang semakin sibuk menyebabkan ramai yang memilih untuk makan 'fast food'. Tekanan juga dikatakan mengurangkan tahap kesuburan.

Itu lah sedikit sebanyak faktor yang dapat saya dengar di radio sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja.  Apa pon itu semuanya hanyalah penyebab kerana yang nak memberikan anak kepada kita adalah kuasa Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha dan berikhtiar sekiranya menghadapi masalah kesuburan. 
Amalkan gaya hidup yang sihat disamping mengambil supplement yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan paling penting jangan lupa berdoa kepada Allah . 

Saya sendiri masih belum dikurniakan cahaya mata walaupon telah 3 tahun berkahwin. Saya juga berkahwin di usia yang agak lewat iaitu 35 tahun manakal suami 39 ketika itu. 

Sekarang saya dan suami mengambil supplement kesuburan daripada Shaklee. Insyaallah diharap dapat membantu meningkatkan kesuburan. 



Jika anda ingin mencuba set kesuburan Shaklee boleh lah hubungi saya atau klik terus ke link SSet Kesuburan Shaklee